Polisi Penghantaran
Dikemas kini: 17 Oktober 2026
Kami menghantar ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan kurier.
Kadar penghantaran
- Johor: RM8
- Negeri lain di Semenanjung, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya: RM10
- Sabah, Sarawak dan Labuan: RM20
Kos penghantaran dikira secara automatik di troli selepas anda memasukkan negeri penghantaran.
Tempoh penghantaran
- Pesanan diproses dalam 1 hingga 2 hari bekerja selepas bayaran disahkan.
- Semenanjung: anggaran 2 hingga 4 hari bekerja selepas dihantar.
- Sabah, Sarawak dan Labuan: anggaran 4 hingga 7 hari bekerja selepas dihantar.
Tempoh boleh menjadi lebih lama semasa musim perayaan atau cuti umum. Nombor penjejakan akan dihantar kepada anda sebaik sahaja pesanan dihantar.
Ambil sendiri
Anda juga boleh membeli terus atau mengambil pesanan di kedai kami di G04 & G05, Plaza Larkin, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor (setiap hari, 9.00 pagi hingga 5.00 petang). Hubungi kami dahulu melalui WhatsApp 018-209 1855 atau emel pi.khairul2112@gmail.com.
Alamat salah atau bungkusan tidak dituntut
Sila pastikan alamat dan nombor telefon betul semasa checkout. Kos penghantaran semula akibat alamat yang salah atau bungkusan yang tidak dituntut akan ditanggung oleh pembeli.
Jika bungkusan sampai dalam keadaan rosak, rujuk Polisi Pulangan & Bayaran Balik.
