Ilmu Kesihatan

Go Organic House Troli
Ilmu Kesihatan

Faham dahulu. Baru pilih.

Halaman ini bukan tentang produk. Ia tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memilih apa-apa untuk badan sendiri: kenapa keradangan kronik jadi punca banyak penyakit, tujuh prinsip kesihatan yang kami pegang, dan pengalaman Mak Som yang menjadi asal cerita kedai ini.

1. Tanya sebelum membeli 2. Faham data makmal 3. Pilih berdasarkan bukti
Mak Som dan Haji MIM meneliti produk Go Organic House
Bahagian 1

Keradangan kronik: punca senyap banyak penyakit

Keradangan ialah tindak balas semula jadi badan untuk melindungi diri daripada jangkitan, kecederaan atau toksin. Namun apabila keradangan berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama, ia boleh merosakkan sel, tisu dan organ, serta menjadi punca kepada pelbagai penyakit kronik.

Apabila badan berada dalam keadaan waspada sepanjang masa, bahan kimia keradangan yang dilepaskan boleh menjejaskan banyak sistem dalam badan — menyebabkan atau memburukkan penyakit yang sudah ada.

Punca harian yang paling biasa

Makanan tinggi bahan kimia

Minyak masak rosak dan teroksida

Gula berlebihan

Stres dan radikal bebas

Jangkitan dan toksin harian

Kurangkan keradangan, tingkatkan kesihatan

Pemakanan sihat, aktiviti fizikal, tidur yang cukup dan kawal stres membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan.

Penyakit yang dikaitkan dengan keradangan kronik
Mata

Degenerasi makula, degenerasi retina, uveitis

Jantung & salur darah

Aterosklerosis (pengerasan arteri), penyakit jantung

Paru-paru

Alergi, asma, COPD, kanser paru-paru

Hati

Hepatitis kronik

Sistem penghadaman

Penyakit usus radang seperti Crohn’s disease dan ulseratif kolitis

Kulit

Jerawat, ekzema, kanser kulit

Rajah badan menunjukkan kawasan yang terjejas oleh keradangan kronik
Otak & sistem saraf

Alzheimer, multiple sclerosis, Parkinson

Tiroid

Tiroiditis

Pankreas

Diabetes jenis 1

Buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik, kegagalan buah pinggang, nefritis

Sendi

Artritis reumatoid dan artritis psoriatik

Sistem imun

Gangguan autoimun seperti lupus

Bahagian 2

7 Prinsip Kesihatan Seimbang

Kesejahteraan hidup bukan hanya pada tubuh yang sihat, tetapi juga jiwa yang tenang. Inilah tujuh prinsip utama untuk menjaga kedua-duanya: tiga jasmani, tiga rohani, dan satu prinsip keemasan yang menyempurnakan semuanya.

7
Jasmani
1
Pemakanan seimbang
Ambil makanan semula jadi yang penuh nutrien. Elak bahan kimia, makanan proses dan gula berlebihan.
2
Tidur mencukupi
Tidur awal dan cukup 6–8 jam sehari untuk pemulihan sel dan tenaga.
3
Pergerakan rutin
Amalkan aktiviti fizikal setiap hari, walaupun ringan. Elakkan gaya hidup pasif.
Rohani
4
Solat yang khusyuk
Bukan sekadar rutin, tetapi sebagai terapi jiwa dan hubungan dengan Allah.
5
Zikir & doa
Tenangkan hati, perbanyakkan ingatan kepada Allah, sumber ketenangan sejati.
6
Penjagaan hati
Tazkiyatun nafs — bersihkan hati daripada hasad, sombong, marah dan cinta dunia. Ganti dengan sabar, syukur dan tawakkal.
Prinsip keemasan
7
Istiqamah

Teruskan semua amalan ini secara konsisten walau sedikit. Itulah rahsia kejayaan dan kesembuhan sebenar.

Jasmani sihat, rohani kuat — hidup pun jadi lebih tenang, produktif dan bermakna.
•Disarankan juga amalkan makanan sunnah seperti minyak zaitun asli, kurma dan madu dalam rutin harian.
Bahagian 3

Pengalaman Mak Som musim Covid

“

Satu rumah kena. Anak, menantu, cucu demam, batuk… Allah je tahu risau hati ni. Tapi peliknya, Mak Som tak kena langsung.

Doktor pun terkejut… sedangkan Mak Som yang jaga semua. Tapi Alhamdulillah… Mak Som tetap sihat.

Mak Som · Go Organic House
Rahsia Mak Som
Satu sudu minyak zaitun extra virgin setiap pagi, sebelum makan.

Diamalkan setiap hari, bukan hanya ketika tidak sihat.

Kenapa minyak zaitun?
Allah sebut dalam Al-Quran

Pasti ada keberkatan padanya.

Kuatkan badan dari dalam

Imun kuat, lebih tahan jangkitan.

Bantu lancarkan darah

Peredaran darah lebih baik.

Badan ringan, tak cepat penat

Sakit lutut makin kurang, lebih bertenaga.

Pesan Mak Som

Orang muda sekarang… kadang tunggu sakit baru cari penawar. Tapi bagi Mak Som, jaga sebelum sakit tu lagi bijak.

✓Jangan tunggu esok.
✓Mula hari ini.
✓Amalkan minyak zaitun berkualiti.
✓Satu sudu sahaja sehari.
✓Insya-Allah, kesannya besar.
Bahagian 4

Minyak zaitun dalam bentuk cecair,
bukan dalam pil

Sebab Allah ciptakan begitu untuk manfaat yang optimum. Minyak zaitun secara semula jadi adalah cecair pada suhu bilik — supaya nutrien aktifnya kekal hidup dan mudah diserap.

Bentuk asli

Minyak zaitun cecair

100% natural — tanpa proses ubah bentuk
Kandungan penuh nutrien aktif (polifenol, oleocanthal, vitamin E, squalene)
Mudah diserap oleh badan — sublingual dan pencernaan
Rasa, aroma dan kualiti dinilai melalui Organoleptic Test oleh panel juri terlatih
Ujian makmal lengkap oleh makmal yang diiktiraf IOC
Manfaat terapeutik lebih tinggi
Bentuk diproses

Minyak zaitun dalam soft gel

Melalui proses pemanasan dan kimia untuk dijadikan kapsul
Kandungan nutrien berkurang atau rosak
Penyerapan kurang optimum — perlu melalui proses hadam seperti makanan lain
Tiada Organoleptic Test — tiada penilaian rasa, aroma dan kualiti
Tiada ujian makmal oleh makmal IOC untuk kapsul
Hanya anggaran kandungan — tiada jaminan kualiti sebenar
1 sudu besar (15ml)
Minyak zaitun cecair
10–15 soft gel capsules (1000mg setiap kapsul)
Tetapi penyerapan dan manfaatnya tidak sama.
Kenapa cecair, bukan pil
01

Ciptaan semula jadi

Minyak zaitun secara semula jadi adalah cecair pada suhu bilik, supaya nutrien aktif kekal hidup dan mudah diserap.

02

Nutrien mudah rosak

Pemprosesan untuk dijadikan pil melibatkan haba dan bahan kimia yang boleh merosakkan polifenol dan antioksidan penting.

03

Penyerapan optimum

Bentuk cecair membolehkan penyerapan cepat melalui mulut (sublingual) dan saluran pencernaan.

04

Kualiti terjamin

Minyak zaitun cecair boleh diuji rasa dan diuji di makmal diiktiraf IOC. Kapsul tidak boleh diuji rasa.

05

Manfaat terapeutik

Kajian saintifik dan pengalaman ribuan tahun membuktikan bentuk cecair memberi manfaat maksima untuk jantung, otak, keradangan dan sistem imun.

Penilaian & pengiktirafan
Organoleptic Test — rasa, aroma, kepedasan dan kepahitan dinilai oleh panel juri terlatih
Ujian kimia dan fizikal oleh makmal diiktiraf IOC
Polifenol, oleocanthal, acidity, peroxide value, K232, K270 dan lain-lain

Hanya yang lulus layak digelar Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Pengiktirafan ini dikeluarkan oleh International Olive Council.

Bahagian 4

Jadilah pengguna yang berilmu

Tanya, faham, pilih yang terbaik. Kami lebih suka pelanggan yang bertanya banyak soalan daripada yang membeli kerana iklan.

1
Tanya sebelum membeli

Tanya asal, proses dan cara guna.

2
Faham data makmal

Angka besar tidak bermakna tanpa konteks.

3
Pilih berdasarkan bukti

Bukan kerana siapa yang paling kuat beriklan.

Maklumat di halaman ini adalah untuk pendidikan umum. Produk yang kami jual berkategori makanan, bukan ubat, dan bukan pengganti rawatan doktor. Rujuk pengamal perubatan untuk masalah kesihatan tertentu.

Go Organic House
Ilmu Kesihatan

Faham dahulu. Baru pilih.

Kenapa keradangan kronik jadi punca banyak penyakit, tujuh prinsip kesihatan yang kami pegang, dan pengalaman Mak Som.

Bahagian 1

Keradangan kronik: punca senyap banyak penyakit

Keradangan ialah tindak balas semula jadi badan untuk melindungi diri daripada jangkitan, kecederaan atau toksin. Apabila ia berterusan lama, ia boleh merosakkan sel, tisu dan organ, serta menjadi punca pelbagai penyakit kronik.

Punca harian
Makanan tinggi bahan kimia
Minyak masak rosak & teroksida
Gula berlebihan
Stres & radikal bebas
Jangkitan & toksin harian
Sistem badan yang terjejas
Jantung

Aterosklerosis, penyakit jantung

Otak & saraf

Alzheimer, Parkinson

Sendi

Artritis reumatoid & psoriatik

Penghadaman

Penyakit usus radang

Kulit

Jerawat, ekzema

Sistem imun

Autoimun seperti lupus

Juga dikaitkan: mata, tiroid, paru-paru, pankreas, hati dan buah pinggang.

Bahagian 2

7 Prinsip Kesihatan Seimbang

Kesejahteraan hidup bukan hanya pada tubuh yang sihat, tetapi juga jiwa yang tenang.

Jasmani
1
Pemakanan seimbang
Makanan semula jadi penuh nutrien. Elak bahan kimia, makanan proses dan gula berlebihan.
2
Tidur mencukupi
Tidur awal dan cukup 6–8 jam sehari untuk pemulihan sel dan tenaga.
3
Pergerakan rutin
Aktiviti fizikal setiap hari, walaupun ringan. Elakkan gaya hidup pasif.
Rohani
4
Solat yang khusyuk
Bukan sekadar rutin, tetapi terapi jiwa dan hubungan dengan Allah.
5
Zikir & doa
Tenangkan hati, perbanyakkan ingatan kepada Allah, sumber ketenangan sejati.
6
Penjagaan hati
Bersihkan hati daripada hasad, sombong dan marah. Ganti dengan sabar, syukur dan tawakkal.
Prinsip keemasan
7Istiqamah

Teruskan semua amalan ini secara konsisten walau sedikit. Itulah rahsia kejayaan dan kesembuhan sebenar.

Disarankan juga amalkan makanan sunnah seperti minyak zaitun asli, kurma dan madu dalam rutin harian.
Bahagian 3

Pengalaman Mak Som musim Covid

“

Satu rumah kena. Anak, menantu, cucu demam, batuk… Tapi peliknya, Mak Som tak kena langsung.

Doktor pun terkejut… sedangkan Mak Som yang jaga semua. Alhamdulillah, Mak Som tetap sihat.

Mak Som · Go Organic House
Rahsia Mak Som
Satu sudu minyak zaitun extra virgin setiap pagi, sebelum makan.
Allah sebut dalam Al-Quran

Pasti ada keberkatan padanya.

Kuatkan badan dari dalam

Imun kuat, lebih tahan jangkitan.

Bantu lancarkan darah

Peredaran darah lebih baik.

Badan ringan, tak cepat penat

Sakit lutut makin kurang, lebih bertenaga.

Pesan Mak Som

Orang muda sekarang… kadang tunggu sakit baru cari penawar. Tapi bagi Mak Som, jaga sebelum sakit tu lagi bijak.

Bahagian 4

Cecair, bukan pil

Sebab Allah ciptakan begitu untuk manfaat yang optimum. Minyak zaitun secara semula jadi adalah cecair pada suhu bilik.

Bentuk asli

Minyak zaitun cecair

100% natural — tanpa proses ubah bentuk
Kandungan penuh nutrien aktif (polifenol, oleocanthal, vitamin E, squalene)
Mudah diserap oleh badan — sublingual dan pencernaan
Rasa, aroma dan kualiti dinilai melalui Organoleptic Test oleh panel juri terlatih
Ujian makmal lengkap oleh makmal yang diiktiraf IOC
Manfaat terapeutik lebih tinggi
Bentuk diproses

Minyak zaitun soft gel

Melalui proses pemanasan dan kimia untuk dijadikan kapsul
Kandungan nutrien berkurang atau rosak
Penyerapan kurang optimum — perlu melalui proses hadam seperti makanan lain
Tiada Organoleptic Test — tiada penilaian rasa, aroma dan kualiti
Tiada ujian makmal oleh makmal IOC untuk kapsul
Hanya anggaran kandungan — tiada jaminan kualiti sebenar
1 sudu besar (15ml) cecair
= 10–15 soft gel capsules
1000mg setiap kapsul.
Tetapi penyerapan dan manfaatnya tidak sama.
Kenapa cecair, bukan pil
01

Ciptaan semula jadi

Minyak zaitun secara semula jadi adalah cecair pada suhu bilik, supaya nutrien aktif kekal hidup dan mudah diserap.

02

Nutrien mudah rosak

Pemprosesan untuk dijadikan pil melibatkan haba dan bahan kimia yang boleh merosakkan polifenol dan antioksidan penting.

03

Penyerapan optimum

Bentuk cecair membolehkan penyerapan cepat melalui mulut (sublingual) dan saluran pencernaan.

04

Kualiti terjamin

Minyak zaitun cecair boleh diuji rasa dan diuji di makmal diiktiraf IOC. Kapsul tidak boleh diuji rasa.

05

Manfaat terapeutik

Kajian saintifik dan pengalaman ribuan tahun membuktikan bentuk cecair memberi manfaat maksima untuk jantung, otak, keradangan dan sistem imun.

Penilaian & pengiktirafan
Organoleptic Test oleh panel juri terlatih
Ujian kimia dan fizikal oleh makmal diiktiraf IOC
Polifenol, oleocanthal, acidity, peroxide value, K232, K270

Hanya yang lulus layak digelar Extra Virgin Olive Oil (EVOO).

Jadilah pengguna yang berilmu

Tanya, faham, pilih yang terbaik.

1. Tanya sebelum membeli
2. Faham data makmal
3. Pilih berdasarkan bukti

Maklumat untuk pendidikan umum. Produk kami berkategori makanan, bukan ubat, dan bukan pengganti rawatan doktor.