Terma & Syarat
Dikemas kini: 17 Oktober 2026
Dengan membuat pesanan di goorganichouse.com, anda bersetuju dengan terma berikut. Laman ini dikendalikan oleh Go Organic House, G04 & G05, Plaza Larkin, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
Harga dan pembayaran
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Kos penghantaran dipaparkan di troli sebelum bayaran.
- Kami menerima FPX dan kad melalui toyyibPay, pindahan bank terus dan bayaran semasa ambil sendiri.
- Pesanan dengan pindahan bank akan diproses selepas bayaran diterima dalam akaun kami.
- Kami berhak membatalkan pesanan jika terdapat kesilapan harga atau stok, dengan bayaran balik penuh.
Penghantaran dan pulangan
Penghantaran tertakluk kepada Polisi Penghantaran. Pulangan dan bayaran balik tertakluk kepada Polisi Pulangan & Bayaran Balik.
Penggunaan produk
Produk kami ialah makanan dan produk sunnah, bukan ubat. Maklumat di laman ini adalah untuk pengetahuan umum dan tidak menggantikan nasihat doktor. Jika anda hamil, menyusu, mempunyai penyakit kronik atau sedang mengambil ubat, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Ikut arahan pada label.
Privasi
Data peribadi anda diurus mengikut Polisi Privasi kami.
Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui WhatsApp 018-209 1855 atau emel pi.khairul2112@gmail.com.
